8 Disember 2019, Unit Khidmat Korporat, LADA telah menerima satu lawatan daripada Perbadanan Labuan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan informasi berhubung hal ehwal pembangunan dan industri pelancongan Langkawi. Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Dr. Fary Akmal bt Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan bersama 35 orang pegawai. Selain itu, sesi ini turut disertai oleh Hj. Mustafa Bakri Alias, Pengurus Bahagian Perancangan dan Pn. Nordiana Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat, LADA. Sesi taklimat pembangunan dan pelancongan Langkawi telah disampaikan oleh En. Azman dari Unit Khidmat Korporat.