Langkawi, 22 Mei 2022 – Satu kumpulan guru PASTI dari seluruh Malaysia telah berkunjung ke Langkawi dari 20 hingga 22 Mei 2022. Kumpulan yang dianggotai seramai 300 orang guru ini telah menginap di Bayview Hotel Langkawi dan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh tersebut. LADA telah menyalurkan insentif MICE kepada kumpulan tersebut berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Pembukaan pintu sempadan antarabangsa pada 1 April 2022 yang lalu telah memberi nafas baru kepada sektor pelancongan dengan peningkatan semula yang memberangsangkan dalam statistik kedatangan pelancong. Ini dibuktikan dengan pertambahan permohonan kumpulan MICE yang datang ke pulau ini bagi menganjurkan pelbagai aktiviti di Langkawi.

Kumpulan insentif ini sangat dialu-alukan untuk datang ke Langkawi kerana selain daripada menjalankan aktiviti syarikat atau organisasi, mereka juga dapat menikmati keindahan serta keunikan pulau legenda ini.

#NaturallyLangkawi
#LangkawiGeopark
#LangkawiMissesYou