Langkawi, 28 Mei 2022 – Sebuah kumpulan dengan 220 orang ahli yang mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia telah tiba dan menginap di Hotel Goldsands Langkawi dari 25 hingga 29 Mei 2022. Kumpulan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh penginapan mereka di sini dan turut menerima insentif MICE daripada LADA berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Antara yang turut hadir dalam kumpulan ini termasuklah Pengarah Bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri kategori Turus Utama III, Gred Utama A, Gred Utama B dan Gred Utama C dari seluruh Malaysia.

Kehadiran kumpulan MICE seumpama ini dapat membantu ekonomi penduduk dan pemain industri pelancongan tempatan yang pernah teruk terjejas dengan meningkatkan rantaian nilai pelancongan di Langkawi.