Langkawi, 17 Januari 2022 – Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengadakan lawatan ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Unit Khidmat Korporat (UKK) LADA mengambil peluang berkongsi maklumat mengenai peranan dan fungsi agensi tersebut serta perkembangan semasa industri pelancongan Pulau Langkawi. Pelbagai perkara berkaitan sektor pelancongan di kawasan perbandaran Ampang Jaya dan Pulau Langkawi turut dibincangkan.

Semoga sesi perkongsian maklumat yang diadakan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta meningkatkan potensi sektor pelancongan di Ampang Jaya.