Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 6 April 2021 telah menerima lawatan daripada PlanMalaysia Terengganu. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Sistem Pengurusan & Pentadbiran dan Strategi Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan yang dikendalikan oleh LADA.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Norasniza Binti Hamzah, Pengurus Projek, Pejabat Projek Zon TIMUR yang turut disertai oleh pegawai dari PLANMalaysia Kelantan, Majlis Daerah Pasir Putih dan SDREKA (Perunding).

Sesi taklimat ini telah dipengerusikan oleh Cik Nordiana Binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks LADA.
Taklimat berkaitan Sistem Pengurusan & Pentadbiran LADA telah disampaikan oleh Encik Norshuhaidy Bin Shabudin, Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan. Manakala taklimat Strategi Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan telah disampaikan oleh Puan Mahani Muhammad, Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Pelaburan & Pemudahcara Perniagaan LADA.

Semoga sesi interaksi ini dapat menambahbaik perkhidmatan di agensi masing-masing.