1 Februari 2023 – LADA telah menerima satu lawatan penanda aras daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKNPP).

Delegasi ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Ahmad Rizal bin Mohd Hanapiah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan YBhg. Dato’ Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Turut serta bersama 22 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada Majlis Bersama Jabatan PSUKNPP.

Sesi perkongsian berkaitan pembangunan pelancongan di Langkawi dan perjalanan Majlis Bersama Jabatan LADA telah disampaikan oleh pasukan daripada Unit Khidmat Korporat LADA iaitu Puan Nordiana Nordin dan En. Mohammad Shauqi. Turut hadir bersama En. Rohaizad Abdul Razak dari Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan.

Terdahulu, kedua-dua pengurusan tertinggi PSUKNPP telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif LADA.