Penilai-penilai UNESCO Global Geopark, Prof. Dr. Yuanyuan Zheng, Pengarah, Chinese Geoparks Network, China, dan Dr. Yongmun Jeon, Ahli Geologi dari Jeju UNESCO Global Geopark, Korea telah melawat ke Galeri Geopark di Kompleks LADA pada 4 Julai 2023. Penerangan berkaitan Langkawi UNESCO Global Geopark telah disampaikan oleh Dr. Azmil Munif, Pengurus Bahagian Pelancongan LADA, manakala Prof. Dr. Che Aziz Ali telah menyampaikan penerangan berkaitan Batuan di Langkawi kepada penilai-penilai tersebut.

#RevalidationLUGGp