Unit Khidmat Korporat dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia Dan Khidmat Pengurusan telah menerima Lawatan Perkongsian Ilmu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Jabatan Farmasi, Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pada hari ini. Lawatan ini diketuai oleh Puan Nurul Zahilla bt Azlan, Ketua Pegawai Farmasi bersama 13 orang pegawai dari Jabatan Farmasi. Sesi taklimat perkongsian Ilmu telah disampaikan oleh Puan Furzannie Hanna Arif, Penolong Pengurus, Bahagian Sumber Manusia Dan Khidmat Pengurusan. Di dalam lawatan ini juga, Cik Rasanubari Asmah Rahmah, Ketua Penolong Pengurus, Bahagian Sumber Manusia Dan Khidmat Pengurusan telah membawa pegawai-pegawai dari Jabatan Farmasi meninjau beberapa lokasi utama pelaksanaan EKSA iaitu di Bilik Fail Tutup Berpusat dan Stor Berpusat. @ Lembaga Pembangunan Langkawi