Pada 23hb hingga 24hb Ogos 2023, telah berlangsung satu lawatan teknikal daripada delegasi Malaysia Business Events Week (MBEW) 2023. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan suai kenal dan Fam Trip bagi melihat fasiliti MICE dan penginapan yang tersedia di Langkawi. Delegasi-delegasi ini terdiri daripada pemain industri pelancongan Asia.

Sebelum itu, telah berlangsung BE XChange @ Malaysia Business Events Week (MBEW) 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 hingga 22 Ogos 2023. Ia kemudiannya disambung dengan lawatan teknikal ke Langkawi oleh 9 orang Buyers daripada pelbagai bidang seperti kesihatan, sukan, acara antarabangsa, dan travel agent antarabangsa.

Malaysia Business Events Week (MBEW) 2023 merupakan platform Business to Business (B2B) anjuran MYCEB yang melibatkan interaksi di antara penyedia produk dan perkhidmatan (Sellers) dan pembuat keputusan yang berpengaruh (Buyers). Pembuat keputusan ini mempunyai potensi untuk menyelidik, mengatur, mempengaruhi, dan memperuntukkan belanjawan untuk acara domestik ataupun antarabangsa yang diadakan di luar negara.

Delegasi ini telah dibawa melawat Dewan MIEC, Aloft Langkawi, Sky Cab, The Westin Langkawi, Langkawi International Convention Centre (LICC) dan St. Regis bagi melihat sendiri fasiliti dewan dan penginapan yang tersedia di Langkawi. Matlamatnya ialah untuk menarik minat Buyers ini untuk mengadakan pelbagai acara di Langkawi pada masa akan datang.