Langkawi, 28 Ogos 2023 – LADA menerusi Bahagian Pelancongan telah menerima lawatan kerja daripada wakil Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke Kubang Badak BioGeo Trail bersempena 16th Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Working Group Meeting on Trade and Investment Facilitation yang diadakan di Langkawi bermula hari ini sehingga 29 Ogos 2023.

Delegasi yang diketuai oleh En Syed Mohd Faizal Syed Mohd Dardin, Pengarah Bahagian Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan, MITI telah melawat ke Geotapak Kebuk Arang yang berusia 120 tahun dan turut juga berpeluang mengunjungi beberapa tempat kegiatan ekonomi komuniti seperti tempat penternakan tiram dan juga laktut.