24 Disember 2023 (Ahad) – Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid telah mengadakan lawatan ke projek-projek pelaburan swasta di atas tanah milik LADA bagi memantau pelaksanaan projek dan operasi. Pelaburan swasta tersebut adalah Hotel St Regis, Royal Langkawi Yatch, Langkawi City (Menara Langkawi), Langkawi Eco Resort & Eco-Adventure Park, The Burau dan Ayer Hangat Village.