HEBAHAN MAJLIS PERASMIAN & CABUTAN UNDI PASUKAN LIGA BOLA SEPAK LANGKAWI PIALA LADA

Tarikh : 2 Mac 2020 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Innovation Hub, Aras CF1, Kompleks LADA

Majlis Perasmian & Cabutan Undi Pasukan Sempena Penganjuran Liga Bola Sepak Langkawi Piala LADA telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hezri Bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Sempena majlis ini juga turut diadakan sesi memperkenalkan pasukan dan logo bagi 10 pasukan yang akan bertanding bermula 6 Mac 2020 sehingga 10 April 2020 bertempat di Kompleks Sukan Langkawi.

Penganjuran Liga Bola Sepak Langkawi Piala LADA ini merupakan salah satu acara tahunan di dalam Kalendar Acara Komuniti LADA tahun 2020 yang melibatkan pemain dikalangan golongan belia berumur 23 tahun dan ke bawah.

Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan golongan muda untuk menceburi bidang sukan disamping mengamalkan gaya hidup sihat. Melalui program yang sama, bakat-bakat baru juga dapat di kenalpasti untuk dijadikan sebagai pelapis muda khususnya dalam pembangunan bola sepak di Pulau Langkawi. ‘Komuniti Sihat, Langkawi Hebat’