Majlis Amanat LADA 2020 telah diadakan pada 22 Januari 2020 yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Hezri Bin Adnan bertempat di Dewan Besar LADA. Pada majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif telah menyampaikan hasrat pihak pengurusan tertinggi LADA dimana LADA akan terus merancakkan pembangunan fizikal disamping meningkatkan jumlah penganjuran acara bagi tahun 2020. Majlis ini turut disertai oleh Anak Syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd, LADA Eco-Tourism Sdn. Bhd. dan Langkawi Port Sdn. Bhd.. Majlis turut diserikan dengan beberapa booth pameran dan aktiviti untuk warga LADA seperti Kempen Derma Darah, Great Eastern Takaful Berhad – Hibah, Kaunter PTPTN dan Takaful Zurich.