LANGKAWI, 23 Ogos 2023- Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi dengan sokongan anak syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn. bhd. (PLSB), Langsura Geopark Sdn. Bhd. (LGSB) dan Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi (A-KAWI) 2023 bertempat di Wings By Croske Resort Langkawi.

Majlis anugerah ini adalah bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) bagi tahun 2022. Seramai 60 pelajar telah dirai dalam majlis ini dimana 40 orang pelajar cemerlang SPM dan 20 orang pelajar cemerlang STPM.

Turut diberi penghargaan adalah pencapaian terbaik bagi kategori pencapaian individu yang merangkumi akademi dan sukan serta pencapaian terbaik sekolah.

Pada tahun ini, A-KAWI juga telah mengiktiraf pencapaian bagi kategori pelajar- pelajar pendidikan khas sekolah rendah dan menengah.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, LADA dan YBrs. Tuan Haji Mohd Kamal Bin Hashim, pegawai pendidikan Daerah Langkawi.

Para penerima telah menerima hadiah berupa wang tunai, sijil, plak dan sumbangan komputer riba serta tablet daripada anak syarikat LADA.

#LADAkomuniti
#LADAbersamakomuniti
#komunitiLangkawi