Langkawi, 16 November 2021 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LADA Tahun 2020 telah diadakan pada 14 November 2021 di Hotel Bayview Langkawi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs. Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib. Seramai 27 orang kakitangan LADA telah menerima anugerah dalam majlis ini. Selain itu, majlis ini turut meraikan tiga (3) orang pesara dan empat (4) orang pegawai yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan secara peminjaman bersama LADA pada tahun ini.

Majlis bertemakan ‘Tribute To Frontliners’ ini telah berlangsung dengan meriah dan gemilang dengan penyertaan Keluarga LADA.

Semoga Keluarga LADA terus mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi di samping menerapkan nilai teras LADA iaitu ‘BIP’, (Berpasukan, Integriti & Profesionalisme) dalam usaha menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

#KeluargaLADA
#BerpasukanIntegritiProfesionalisme
#BudayaKerjaPrestasiTinggi
#DemiLangkawi