15 Disember 2023 (Jumaat) – Majlis Apresiasi Rakan Strategik (Media) LADA telah diadakan di Ballroom A, LICC. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil media, En. Hamzah Osman, diikuti oleh En. Adie Suri Zulkefli, Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK). Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Perancang dan Pembangunan).

Majlis ini merupakan tanda penghargaan LADA kepada media yang merupakan rakan strategik utama dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan benar sejak penubuhan LADA hingga kini. Selain itu, majlis ini merupakan platform bagi mengeratkan networking antara para pegawai dan kakitangan LADA dengan media Langkawi, Wilayah Utara dan Kuala Lumpur.

Majlis turut diselang-selikan dengan taklimat berkaitan LADA, sektor pelancongan serta perancangan Bahagian Pelancongan tahun 2024 oleh Pn. Nordiana Noordin, Timbalan Pengurus Bahagian Pelancongan. Diikuti dengan pengenalan diri serta perkongsian perancangan program komuniti Unit Khidmat Korporat (UKK) LADA tahun 2024 oleh Pn. Lina Azlina Zali, Pengurus UKK.

Semoga jaringan dan hubungan erat antara LADA dan rakan media akan terus erat dan diperkukuhkan di masa akan datang agar berita berkaitan LADA dan Langkawi dapat disampaikan dengan tepat dan benar kepada umum.

Antara media yang hadir adalah pihak RTM, Berita Harian, Metro, Media Awani News, Utusan, Kosmo, Jabatan Penerangan, NST dan lain-lain.

Hamzah Osman Radio Malaysia LANGKAWIfm Kelabmediaelitkedah Kmek