Alhamdulillah, berlangsung dengan jayanya Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana 2023 di Langkawi pada 2 Februari 2023.

Majlis anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Pejabat Agama Daerah Langkawi ini telah berjaya mengumpul lebih 500 pelajar, guru serta waris bagi mendoakan kesejahteraan kepada pelajar-pelajar Langkawi yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan), Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Perancangan & Pembangunan), Tuan Mohd Kamal bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Tuan Syeikh Muhammad Fauwaz bin Dato’ Syeikh Abdullah, Timbalan Pegawai Agama Daerah Langkawi serta pegawai LADA.

Semoga usaha ini memberikan lebih kekuatan dan keyakinan kepada para pelajar untuk mengharungi peperiksaan dan diberi kemudahan oleh Allah SWT sepanjang peperiksaan tersebut berlangsung.

#LADA&Komuniti
#Langkawisejahtera
#Pembangunankerohaniankomuniti
Pejabat Daerah & Tanah Langkawi – PDTL
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi
Pejabat Agama Daerah Langkawi – Laman Rasmi
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan