Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentangkan pelaporan kepada pihak LADA berhubung Penyiasatan Tatakelola berhubung Amalan, Sistem dan Tatacara Berhubung Pengurusan Pembangunan Hartanah LADA. Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ TPj Mohd Zaki Bin Hassan, Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola, SPRM; YBhg. Datin Wira Rosni Binti Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); dan YBrs. Dr. Eunice Yeo Huan, Pengarah Kanan Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Sesi berikutnya diteruskan dengan Majlis Menandatangani Penerimaan Laporan Penyiasatan Tatakelola berhubung Amalan, Sistem dan Tatacara Berhubung Pengurusan Pembangunan Hartanah LADA di antara LADA, SPRM, MOF dan UKAS.