100 Go Digital merupakan sebuah inisiatif anjuran bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Langkawi Development Authority (LADA) dan Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) untuk membantu dan membolehkan perniagaan-perniagaan tempatan mengunapakai digital dalam meningkatkan kualiti keusahawanan. Program ini dilaksanakan pada 3 Oktober 2019 (Khamis), bermula jam 8:30 pagi – 1:30 tengah hari bertempat di Hotel Aloft Langkawi. Seramai 100 orang usahawan tempatan terlibat di dalam program ini. Objektif program ini adalah bagi membolehkan peniaga-peniaga tempatan untuk memanfaatkan digital sepenuhnya dengan menangani cabaran perniagaan dan menggunapakai penyelesaian digital bagi mendapatkan faedah-faedah perniagaan.

Program ini dilihat dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan untuk terus meningkatkan tahap kemahiran dan peluang dalam digital, peluang untuk mengakses pasaran baru, potensi untuk mengurangkan kos operasi dan promosi percuma untuk perniagaan.