Hari ini, Lembaga Pembangunan Langkawi telah melancarkan Kempen Promosi Langkawi Great Sale bertempat di Bangsar Village, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr. Hezri Adnan. Majlis turut dihadiri Tuan Haji Zepri Saad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan), pegawai LADA serta pemain industri Langkawi.

Sidang media turut diadakan dalam majlis yang sama bagi mempromosikan kempen LGS yang mensasarkan kemasukan pelancong domestik ke Langkawi bagi memulihkan industri pelancongan dan ekonomi di pulau ini. LGS ini akan diadakan mulai 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020.

#HELANG
#KitaJagaLangkawi
#naturallylangkawi