Alhamdulillah selesai sudah Karnival Aeroangkasa Sekolah-Sekolah Langkawi Tahun 2023. Karnival ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 10 dan 11 Oktober 2023 di Padang B, Kompleks Sukan Langkawi

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Karnival Aeroangkasa ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA dan YBrs. Tuan Haji Mohd Kamal bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi (PPD Langkawi).

Tahniah diucapkan kepada SK Kuala Teriang telah dinobatkan juara keseluruhan kategori Sekolah Rendah Langkawi, manakala Kolej Vokasional Langkawi menjadi johan bagi kategori Sekolah Menengah Langkawi.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan terlibat

Maklumat lanjut di ruangan komen

#STEMMaju
#Aeroangkasa
#PendidikanNegara
#Karnival2023
#TerimaKasih
Fadhlina Sidek
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi
Kolej Vokasional Langkawi
Maktab Mahmud Langkawi Official
Kementerian Pengajian Tinggi