Majlis Penyerahan Peralatan Operasi Bagi Pengurusan Bencana Kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi telah berlangsung pada 4 Januari 2021 bertempat di Kompleks APM, Langkawi. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang menyampaikan sumbangan peralatan kepada wakil APM Langkawi iaitu Kapt. (PA) Ahmad Shahfikri Bin Darus, Pegawai Pertahanan Awam Langkawi. Antara peralatan operasi yang disumbangkan adalah seperti khemah, chain saw, water jet dan loud hailer dengan jumlah sumbangan bernilai RM17,350. Semoga kerjasama antara LADA dan APM Langkawi dapat diteruskan bagi menjaga kepentingan dan keselamatan komuniti setempat dalam menghadapi bencana.