LANGKAWI, 17 SEPTEMBER 2023 – Majlis Perasmian, Cabut Undi & Pengenalan pasukan sempena kejohanan Liga Bola Sepak Langkawi : Piala LADA 2023 telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium, Kompleks LADA. Penganjuran kejohanan ini merupakan program kolaborasi di antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama anak Syarikat Panorama Langkawi Sdn. Bhd. dan Kelab Sukan Dan Kebajikan LADA (KSKL). Pada tahun ini, sebanyak 16 pasukan layak menyertai liga yang akan melibatkan 31 perlawanan bermula 21 September hingga 11 November 2023 bertempat di Kompleks Sukan Langkawi. Majlis Perasmian, Cabut Undi & Pengenalan Pasukan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Che Ani@Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), LADA.

#LADAKomuniti