Seramai 235 penumpang dari Kazakhstan tiba di LIA pada jam 10.30 pagi untuk bercuti selama 9 hari di Langkawi.

Penerbangan sewa khas dari Kazakhstan ke Langkawi ini adalah hasil kerjasama antara Tourism Malaysia, Embassy Alliance Travel Berhad & Kompas Tour yang merupakan antara agensi pelancongan terbesar di Asia Tengah.

Di dalam siri pada kali ini, sebanyak 3 penerbangan sewa khas yang telah di tetapkan iaitu pada:

28 Disember 2019
4 Januari 2020
12 Januari 2020

Dijangkakan seramai 470 orang lagi akan tiba ke Langkawi melalui 2 penerbangan yang telah dijadualkan pada tahun hadapan.

Pada awal Januari tahun ini, Langkawi turut menerima 2 penerbangan yang sama melibatkan pelancong seramai 461 orang penumpang.

Satu sidang media turut diadakan bagi menyambut penerbangan sewa khas pada kali ini. Sidang Media ini turut dihadiri oleh YB Johari Bulat, DUN Ayer Hangat, YBhg Dr. Hezri Adnan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBhg Datuk Musa Yusuf, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan En. Mohamed Sallauddin Mohamed Shah dari Bahagian Pemasaran Penerbangan.

Kesemua tetamu kehormat dan media seterusnya ke Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi menyambut ketibaan penerbangan sewa khas tersebut.