Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama Panorama Langkawi Sdn Bhd, Jupeter Holidays Sdn Bhd dan Anytimes Holidays Sdn Bhd telah menyertai MATTA Fair Kedah di Central Square Sungai Petani yang merupakan penganjuran pertama kali di Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Mohd Firdaus bin Ahmad, Exco Pelancongan Negeri Kedah.

Penyertaan program promosi ini merupakan inisiatif LADA untuk menarik pelancong domestik terutamanya di kawasan utara ke Langkawi. Sepanjang tiga hari program promosi berlangsung, ‘booth’ Langkawi telah merekodkan hasil jualan sebanyak RM32,059.50.

Program ini telah disertai oleh 35 pempamer yang terdiri daripada agensi kerajaan dan agensi pelancongan.