Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama-sama 16 pemain industri pelancongan di Langkawi iaitu ejen pelancongan, pengusaha produk pelancongan dan hotel telah menjual pakej secara terus bagi mempromosikan Langkawi kepada pengunjung yang hadir di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

Program promosi ini adalah merupakan antara acara promosi pelancongan Business to Consumer (B2C) di peringkat domestik dan menjadi platform terbaik untuk pelancongan tempatan mempamerkan pelbagai destinasi percutian di Malaysia.

Penyertaan program promosi ini juga merupakan inisiatif LADA untuk menarik pelancong domestik terutamanya di kawasan utara ke Langkawi. Sepanjang dua hari program promosi berlangsung, booth Langkawi telah merekodkan hasil jualan sebanyak RM487,795.60.

#MATTAFairPenang2023
#LangkawiBestWey!
MATTA Fair Penang