Alhamdulillah, Syukran Jazilan! Tirai tahun 2023 ditutup dengan Majlis Ilmu (Taman Syurga). Dianggarkan kehadiran adalah melebihi 2,000 orang pengunjung membanjiri Dataran Lang, Langkawi bagi mengikuti Forum Perdana Ambang Tahun Baru 2024.

”Tahun Baru, Iman & Akhlak Diperbaharui ” merupakan tajuk ceramah pada kali ini bersepena Sambutan Tahun Baru 2024 ini telah diserikan dengan penampilan khas penceramah tersohor Malaysia iaitu Moderator YBhg. Ustaz Nabil Bin Ahmad bersama panel jemputan YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dan YBhg. Ustaz Ahmad Dasuki Bin Abdul Rani.

Penganjuran Forum Perdana pada tahun ini melibatkan Pertubuhan Sukarela Sosial dan Dakwah Langkawi (LANDAS) selaku penganjur utama dengan kerjasama strategik agesi-agensi Kerajaan di Langkawi seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Pejabat Agama Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi Badaraya Pelancongan, Jabatan Kerja Raya Langkawi, Polis Diraja Malaysia dan Sahabat Pengatur Kuliah Langkawi.

Majlis diserikan lagi dengan nyanyian qasidah dan selawat oleh Kumpulan Shoutul Huffaz Ustaz Nukman feat Ghasidah An Nabawi Ustaz Dusuki serta bacaan doa tahun baru yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.

Turut hadir bersama mengimarahkan majlis ilmu ini adalah YB Encik Zubir bin Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato’ Hj Mohd Suhaimi bin Hj Abdullah, Ahli Parlimen Langkawi, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs. Laksamana Pertama Roslee bin Mohamad Isa, Panglima Wilayah Laut 3, YBrs. Tuan Syeikh Lokman bin Ishak, Pegawai Agama Daerah Langkawi dan YBrs. Mohd Syuhada bin Abd Razak, Ketua Pegawai Maklumat, Pejabat Daerah Langkawi.