17 November 2023 (Jumaat) – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Audit LADA bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks LADA.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi. Mesyuarat ini turut disertai YBhg. Datin Rosni Binti Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun), Encik Abd Ghani bin Sulaiman, Ketua Unit Audit Dalam Perbendaharaan, YBrs. Tuan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan LADA.