Jawatankuasa Penasihat Langkawi Tourism Recovery Plan (Langkawi T-Rec) telah bersidang dalam satu mesyuarat secara maya pada 9 Ogos 2021 yang telah dipengerusikan oleh YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Mesyuarat atas talian ini telah dihadiri oleh jemputan seperti senarai berikut:

i) YBhg. Dato’ Asri bin Hamidon
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

ii) YBrs. En. Mohd Zamri bin Mat Zain
Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

iii) YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

iv) YBhg. Datuk Khairul Shahril Idrus
Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara (MKN)

v) YB Encik Mohd Firdaus bin Ahmad
EXCO Pelancongan Negeri Kedah

vi) YBhg. Dato’ Haji Norizan bin Khazali
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Juliana Sharmini Paul a/p A-Paul, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa KKM, YBrs. Dr. Othman bin Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBrs. Dr. Mansor bin Ismail, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi dan YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Fokus perbincangan adalah ke arah merealisasikan pembukaan sektor pelancongan Langkawi setelah Langkawi mencapai imunisasi kelompok (herd immunity) dan kes harian dapat dikurangkan.

Dalam platform yang sama, MOTAC telah memaklumkan bahawa SOP bagi pelancong antarabangsa sedang dirangka dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara dalam masa terdekat. Bersamalah kita berdoa agar sektor pelancongan Langkawi dapat dibuka semula dalam tempoh terdekat.

#LangkawicCovid19FreeDestination
#NaturallyLangkawi
#LUGGp