Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Telah Mengadakan Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Bil 01/2024 Bertempat Di Bilik Mesyuarat Hibiscus, Aras 3, MPLBP.

Sebelum Mesyuarat Dimulakan, Y.Bhg Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid Sempat Mengadakan Kunjungan Mesra Ke Atas Yang Dipertua MPLBP, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah Di Pejabat Yang Dipertua MPLBP. Mesyuarat Dimulakan Dengan Majlis Angkat Sumpah Dan Menerima Jawatan Oleh Y.Bhg Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid, Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Bagi Sesi 2023 – 2025.

Antara Intipati Ucapan Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Adalah Pemaklumkan Kepada Ahli Mesyuarat Berkenaan Hasrat Dan Hala Tuju Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Yang Ingin Dilaksanakan Oleh Yang Dipertua Pada Tahun 2024 Ini. Tagline Utama Yang Dipertua Pada Tahun Ini Adalah “𝙆𝙚𝙗𝙖𝙟𝙞𝙠𝙖𝙣 𝘿𝙞𝙪𝙩𝙖𝙢𝙖𝙠𝙖𝙣, 𝙋𝙚𝙧𝙠𝙝𝙞𝙙𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝘿𝙞𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣”. Program Dan Aktiviti Kerja-Kerja Sosial Juga Akan Turut Dipertingkatkan Demi Memastikan Pulau Langkawi Sentiasa Berada Di Dalam Keadaan Bersih, Indah Dan Ceria. Pihak Majlis Juga Akan Terus Komited Dalam Penyertaan Misi-Misi Bantuan Kemanusiaan.

Yang Dipertua Turut Menyeru Semua Ahli Majlis Dan Semua Kakitangan Untuk Sama-Sama Bekerja Keras Untuk Mencapai Sasaran Yang Ditetapkan. Diharapkan Agar Tahun 2024 Lebih Cemerlang Dari Tahun-Tahun Sebelumnya Serta Mencapai Hasrat Dan Hala Tuju Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

#𝐌𝐩𝐥𝐛𝐩𝐃𝐢𝐇𝐚𝐭𝐢 #𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡𝐂𝐞𝐫𝐢𝐚 #𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧𝐃𝐢𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧