Mesyuarat Panel Penasihat Pelaburan LADA Bil. 1/2023 telah diadakan pada 26 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat, The Westin 1, Langkawi. Mesyuarat yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan cadangan pelaburan baru di atas tanah milik LADA, pemantauan projek pelaburan di Langkawi dan perbincangan isu masalah serta langkah-langkah penyelesaian dalam merencanakan projek pembangunan di Langkawi.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Panel Penasihat Pelaburan LADA iaitu YBhg. Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif, YB Dato’ Haji Isahak bin Murat, YM Tunku Afwida binti Tunku A.Malek dan YBhg. Dato’ Maznah binti Abdul Jalil.