Pada 28 Oktober 2020 satu lawatan pemantauan projek yang diketuai oleh YBhg. Dr. Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah diadakan ke Ayer Hangat Village (AHV). Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memantau pembangunan terkini di AHV oleh syarikat DXN Agotech Sdn. Bhd.

Semasa lawatan tersebut, Datuk Dr. Lim Siow Jin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DXN Holdings Berhad telah memberi penerangan berkaitan perkembangan terkini pembangunan AHV. Selain menawarkan tarikan utamanya iaitu Air Panas Masin, produk pelancongan tersebut akan menawarkan tarikan pelancongan berasaskan kesihatan dan kesejahteraan.
AHV dijangka akan dibuka kepada orang awam pada bulan Disember 2020.

#HELANG
#StrategiPembukaanPeluangEkonomiBaru
#KitaJagaLangkawi