Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sekali lagi menganjurkan aktiviti mingguan ‘Idaman Geosite Clean Up’ (IGSC) untuk kali ke-94 di Pulau Langgun hari ini. Sekitar 45 peserta termasuk guru & pelajar menyertai program ini dan berjaya mengutip 200 kg sampah di sepanjang pantai.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis kerana menyertai aktiviti pembersihan ini dan menunjukkan usaha anda yang luar biasa kepada kami!

Program IGSC anjuran LADA merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan jumlah sampah terapung yang terdapat di perairan Langkawi UNESCO Global Geopark. Program ini bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan keindahan pulau tersebut agar kekal cantik untuk keselesaan pelancong dan penduduk setempat.

Jemput datang dan sertai kami.
Lebih ramai, lebih meriah !!

#IdamanGeositeCleanUp
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LetsKeepOurIslandClean