Seramai 709 orang pelawat dianggarkan telah tiba di Langkawi hari ini melalui Jeti Penumpang Kuah dengan menaiki tiga buah feri. Feri pertama tiba dengan jumlah penumpang seramai 86 orang, manakala feri kedua dengan jumlah penumpang seramai 290 orang disambut oleh YAB Menteri Besar Kedah, YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Feri terakhir hari ini membawa 333 orang penumpang hadir ke Langkawi.