Persatuan Chung Hwa Langkawi dengan kerjasama Pejabat Parlimen Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pejabat ADUN Kuah telah menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru Cina dan Malam Chap Goh Meh pada 7 Februari 2020 bertempat di Dataran Lang, Langkawi. Penganjuran program ini turut disokong oleh Malaysian Association of Hotels (MAH) dan agensi kerajaan di Langkawi. Program ini merupakan salah satu acara ikonik tahunan di dalam kalender acara komuniti LADA tahun 2020.

Pelbagai persembahan menarik telah disajikan kepada pengunjung seperti tarian singa, tarian naga, tarian tradisional, persembahan oleh pelajar-pelajar sekolah, persembahan tukar wajah, nyanyian dan banyak lagi.

Sambutan Tahun Baru Cina ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Firdaus Bin Ahmad, ADUN Kuah merangkap EXCO Negeri Kedah, Pengerusi Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Penerangan Komunikasi dan Multimedia.