Pada 28 Oktober 2020 Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah menyampaikan insentif bagi projek tanaman selaras dengan program Pembukaan Ekonomi Baru (PEB), Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) kepada syarikat Aman Mahsuri Enterprise. Syarikat tersebut telah mengusahakan tanaman Rock Melon secara fertigasi di Kg. Gelam, Kedawang dan dalam usaha untuk menambah jumlah pot tanaman daripada 100 pot ke 500 pot. Selain itu, syarikat tersebut juga di dalam proses untuk mengkomersialkan semula Rock Melon baka Golden Langkawi yang pernah diusahakan sebelum ini.

#HELANG
#StrategiPembukaanPeluangEkonomiBaru
#KitaJagaLangkawi