Perbincangan Bersama Tourism Malaysia & Qatar Airways Mengenai Kempen Promosi Antarabangsa Langkawi

18 Sept 2020, Putrajaya.

Dalam satu pertemuan bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Datuk Musa Yusof dan YBhg. Dato’ Muzammil Mohamad, Qatar Airways Country Manager (Malaysia & Brunei), Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr. Hezri Adnan telah membincangkan beberapa inisiatif bagi mempromosikan Langkawi ke segmen antarabangsa.

Walaupun negara masih melaksanakan sekatan kemasukan pelancong asing, kempen promosi harus diteruskan bagi memastikan Langkawi terus kekal sebagai destinasi percutian pilihan utama di kalangan pelancongan antarabangsa.

#HELANG
#KitaJagaLangkawi
#naturallylangkawi
#langkawiunescoglobalgeopark