17 Sept 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan LADA bagi bulan September 2023 ini telah diselaraskan pelaksanaannya oleh Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan. Majlis ini bertemakan ‘Amalan Gaya Hidup Sihat’.

Tema ini dipilih bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja LADA.

Selain daripada memaparkan berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh LADA sepanjang bulan Ogos dan September, perhimpunan ini juga turut meraikan kejayaan Langkawi mengekalkan ‘Kad Hijau’ bagi Penilaian semula Langkawi UNESCO Global Geopark.

Diharapkan perhimpunan ini dapat memberi inspirasi kepada warga kerja LADA untuk mengamalkan budaya hidup sihat bagi memastikan kehidupan seharian sentiasa tenang dan sejahtera.