Langkawi, 16 April 2023 – Perhimpunan Bulanan LADA bagi bulan April 2023 telah berlangsung dengan jayanya anjuran anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) iaitu Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan (BSMKP), LADA.

Majlis perhimpunan kali ini bertemakan “Mubarak Ramadhan, Semarak Aidilfitri; 3R Reset, Restart, Refresh”. Ucaptama majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA dan juga Tuan Hj. Muhd Nasir Hj. Abdul Aziz, Pengurus Besar LPSB. Majlis ini juga dilengkapi dengan video tazkirah daripada Ustaz Firdaus Al- Radhi yang menekankan kita untuk melakukan satu perubahan yang positif dalam seluruh aspek kehidupan.

Debaran syawal kian terasa apabila majlis perhimpunan ini turut diserikan lagi dengan persembahan koir medley lagu-lagu raya daripada LADA Vocalist Star. Diharapkan kita semua mendapat berkah di bulan Ramadhan ini serta dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan riang bersama keluarga tercinta.