Langkawi, 10 April 2023 – Program Berkah Ramadhan telah diadakan bertempat di Masjid Jamek, Kampung Felcra Kok dan Surau An-Nur, Kampung Bohor Tempoyak.

Program Berkah Ramadhan Siri 2/2023 ini adalah dengan Kerjasama Majlis Bersama Jabatan (MBJ) LADA dan Kelab Kebajikan Sukan Dan Kebajikan LADA (KSKL). Pengedaran bubur lambuk bagi kedua-dua lokasi adalah sebanyak 600 bekas bagi Masjid Jamek dan 470 bekas Surau An-Nur.

Semoga Program Berkah Ramadhan ini memberi manafaat kepada komuniti sekitar Langkawi dan dapat mengeratkan serta menjalin hubungan yang baik dengan komuniti setempat.

#LadaKomuniti
#KomuntiLangkawi