Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Masjid Al-Hana telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Sempena Maal Hijrah pada 23 Ogos 2020 (Ahad), bertempat di Masjid Al-Hana. Kuliah Maghrib bertajuk “Nak Stay Atau Hijrah” telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Badlishah Alaudin bertempat di Masjid Al-Hana, Kuah. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaat bersama. Jom sama-sama kita berhijrah ke arah kebaikan.

#KitaJagaLangkawi