Langkawi, 14 Jun 2023 – Unit Khidmat Korporat, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Siri 4 Tahun 2023 di Auditorium Kompleks LADA. Penganjuran Program Bicara Ilmu ini adalah bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 10 Zulhijjah 1444H bersamaan dengan 29 Jun 2023. Penceramah jemputan adalah YBhg. Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid dengan kupasan tajuk ‘Hiasi Diri Dengan Ibadah’. Seramai lebih kurang 200 orang kakitangan LADA dan penjawat awam jabatan kerajaan telah hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu tersebut.