Langkawi, 19 Ogos 2023 – Telah berlangsung Program Cakna Sihat Langkawi yang diadakan di Langkawi Art Box (The LAB) The Lab anjuran Persatuan Cancer Survivors Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), PUSPANITA LADA dan Bina Darulaman Berhad (BDB).

Program ini bertujuan untuk mendidik komuniti Langkawi tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat serta kesedaran mengenai penyakit kanser. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan mewarna, senamrobik, pameran kesihatan dan juga sesi perkongsian pengalaman sebenar pesakit kanser. Program turut diserikan dengan persembahan istimewa penyanyi Nizam Laksamana.

Turut hadir menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit kanser di Langkawi adalah Tuan Haji Ahmad Fuad Che Ani@Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Semoga sumbangan yang disalurkan dapat meringakan beban keluarga pesakit-pesakit kanser di Langkawi.

#CSRLADA
#TanggungjawabSosialKorporatLADA