YBHG. DATO’ HASLINA BINTI ABDUL HAMID
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LADA

Tarikh : 27 Januari 2024
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Panggung Seni, Kota Mahsuri

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin

Terima kasih tuan/puan pengacara majlis dan pembaca doa,

1. Yang Berusaha Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah
Pegawai Daerah Langkawi

2. Yang Berusaha Tuan Haji Fuad bin Che Ani@Abdul Ghani
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

3. Yang Berusaha Tuan DSP Zahiruddin bin Mat Hashim
Ketua Cawangan Khas Daerah, PDRM Langkawi

4. Yang Berusaha Kapten A. Ahmad Shahfikri bin Darus
Pegawai Pertahanan Daerah Langkawi Angkatan Pertahanan Awam

5. Yang Berusaha Pn. Haslinda bt Abdul Hamid
Pengarah Langkawi Tourism Akademi

6. Yang Berusaha En. Ahmad Husaini bin Cha
Pegawai Rela Langkawi

7. Pegawai-pegawai dan kakitangan LADA serta para peserta kayuhan dikasihi sekalian.

KATA ALUAN

1. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada pagi Sabtu yang indah ini dapat kita berkumpul untuk menjayakan Program GeoCyclling Siri 1 pada hari ini.

2. Izinkan saya mengalu-alukan tetamu kita iaitu Yang Berusaha Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari ini.

3. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hadirin sekalian terutama kepada seluruh peserta kayuhan yang telah meluangkan masa untuk menyertai program pada pagi ini. Saya dimaklumkan bahwa program kayuhan ini disertai oleh 100 orang peserta. Saya harapkan program siri kedua yang akan dilaksanakan pada masa akan datang akan mendapat sambutan yang lebih meriah lagi.

LATAR BELAKANG PROGRAM

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

4. LADA telah mula memperkenalkan dan menganjurkan program kayuhan santai sebegini pada tahun 2022 yang diberi nama Program Kayuhan Santai Alam: Hello Enviroment yang telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Al Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Tunku Temenggong Kedah) pada 19 Mac 2022 yang lalu.

5. Pada tahun 2024, program ini telah diberi penjenamaan baharu dengan nama yang lebih menarik iaitu Program GeoCycling. Melalui program ini, LADA berusaha untuk mempelbagaikan pendekatan bagi menerapkan sifat cintakan dan sayangi alam sekitar di kalangan komuniti setempat.

6. Program ini juga bertujuan untuk mempromosikan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) kepada semua, serta memberikan pendedahan berkaitan keunikan sejarah bumi di Langkawi.

7. Pada hari ini, kita akan berbasikal mengelilingi sebuah kawasan Geotapak Gegelang Mahsuri (Mahsuri Ring). Berdasarkan bukti saintifik, kawasan ini merupakan sebuah kawah yang terhasil daripada hentaman meteorit 10 ribu tahun yang lalu. Geotapak ini boleh dilihat dengan jelas daripada puncak Gunung Raya.

8. Selain itu, kita juga akan melalui peninggalan sejarah yang unik iaitu jalan yang pernah dibina daripada batu mar-mar asli Langkawi sekitar tahun 1962. Sepanjang laluan berbasikal sejauh 10km ini kita akan lalui dan melihat keindahan pemadangan kawasan kampung dan juga sawah padi di sekitar Mukim Ulu Melaka.

UCAPAN PENGHARGAAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

9. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pelancongan kerana meneruskan pelaksanaan program ini. Diharapkan banyak lagi acara sebegini kan diadakan pada masa akan datang dengan memperkenalkan konsep pelancongan lestari.

10. Pendekatan ini membolehkan aktiviti pelancongan yang dilaksanakan dapat memberi nilai positif kepada pembangunan Langkawi ke arah destinasi pulau pelancongan rendah karbon. Program sebegini juga akan meninggalkan jejak karbon (carbon footprint) yang minima kepada alam sekitar, seterusnya dapat mempromosikan pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah Langkawi untuk generasi akan datang.

Environment is no one’s property to destroy; it’s everyone’s responsibility to protect.

Penutup

11. Akhir kata, saya dengan lafaz BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM merasmikan Program Geocycling Siri 1 Tahun 2024.

Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.