Program gotong-royong mengecat dinding penghadang di tanah milik LADA berhadapan Hotel Park Royal telah diadakan pada 16 Mac 2023 sempena Sambutan Ulang Tahun LADA yang ke-33 serta bertujuan untuk menceriakan kawasan sekitar laluan Chenang.

Program gotong-royong ini melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan LADA, Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (LAVAA), dan pihak sekolah.

Kerja-kerja mengecat cat asas putih pada penghadang sedia ada telah dijalankan oleh kakitangan LADA dan selepas ini diikuti dengan kerja mengecat lukisan bertema yang bakal menjadi lokasi tumpuan untuk pelancong mengambil gambar “instagrammable” di laluan Chenang oleh pasukan LAVAA dan pelajar sekolah.

Dengan adanya lukisan mural ini diharap dapat menceriakan lagi kawasan Chenang sekaligus memartabatkan pelancongan di Pulau Langkawi.