Langkawi, 4 Mei 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Langkawi Port Sdn. Bhd. menganjurkan Program Jelajah Ramadan 2021 (Siri 3) di Masjid Al-Qadim, Kuah.

Objektif program ini adalah untuk menyantuni dan berkongsi rezeki dengan golongan asnaf di sekitar Langkawi. Sebanyak 30 buah keluarga telah dikenal pasti oleh jawatankuasa masjid untuk menerima sumbangan berbentuk wang tunai bernilai RM50.00 dan barangan keperluan bernilai RM50.00 bagi setiap keluarga yang mana sumbangan ini disampaikan oleh Tuan Hj. Mohamad Nasir Bin Abd. Aziz, Pengurus Besar Langkawi Port Sdn. Bhd.

Selain daripada itu, pihak LADA turut menyumbangkan peruntukan sebanyak RM4,000.00 kepada masjid bagi penyediaan juadah berbuka puasa dan moreh (secara bungkusan) kepada kariah ini. Sumbangan ini disalurkan dengan kaedah turun padang bagi mengeratkan ukhwah antara LADA, anak syarikat LADA bersama komuniti setempat.

#PatuhiSOP
#Komunitisejahtera
#Kitajagalangkawi