Langkawi, 12 April 2023 – Program Jelajah Ramadan Siri 3/2023 telah diadakan di Masjid Al Falah, Kg. Padang Kandang, Mukim Padang Matsirat. Program ini juga merupakan program kerjasama diantara LADA, Langsura Geopark Sdn Bhd, RTM dan Puspanita LADA. Seramai 33 orang asnaf telah menerima bantuan sempena sambutan Ramadan Kareem tahun ini.

Sesi penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA bersama-sama YBrs. En Fathi Ahmad Shah, Pengurus Besar LGSB dan Puan Shamsina binti Sudin, Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Langkawi.

Masjid ini merupakan lokasi terakhir bagi penganjuran Program Jelajah Ramadhan 2023. Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pelaksanaan program ini. Semoga sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban keluarga yang terlibat sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Dalam kesempatan di bulan yang berkah ini turut diadakan Sesi Penyerahan Surat Kelulusan Projek Kecil Komuniti Fasa 1/2023 kepada 4 buah projek disekitar Langkawi dengan nilai peruntukan berjumlah RM36,200. Projek ini merangkumi kemudahan masyarakat, pendidikan dan keagamaan.

#jelajahramadhan2023
#ladadankomuniti
#ladadanpuspanitaLADA
#ladadanrtm
#langsurageoparksdnbhd
#rtmlangkawi
#projekkecilkomuniti