Pada 24 September 2021, YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1 telah turun padang bagi bersua muka dan mendapatkan maklum balas daripada komuniti Langkawi untuk penyediaan Bajet 2022.

Bajet 2022 dijangka akan dibentangkan kepada parlimen pada 29 Oktober 2021. Pelbagai sesi libat urus dan program jelajah telah diatur supaya maklumat yang diperoleh adalah tepat. Antara kumpulan tumpuan yang terlibat dalam sesi ini adalah penduduk tempatan Langkawi, para peniaga serta pengusaha feri, motel, inap desa dan kraf.