Persatuan Penduduk Taman Nilam telah menganjurkan Program Komuniti Sejahtera Taman Nilam pada 28 Disember 2019 jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Medan Selera Taman Nilam. Program bertujuan memupuk silaturrahim di kalangan komuniti setempat di samping memberi kesedaran berkaitan gejala sosial yang sedang berleluasa.

Antara pengisian program ini adalah Ceramah “Pencegahan Penagihan Najis Dadah” oleh AADK Langkawi, pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi dan demostrasi pemadaman api oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Langkawi. Program ini merupakan salah satu cara menyebarluas perkhidmatan awam melalui kaedah ‘Outreach Program’. Program ini telah dirasmikan Pn Nordiana Binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA (mewakili Ketua Pegawai Eksekutif LADA).