29 Ogos 2023 – Sesi perkongsian ilmu dan bimbingan usahawan ke arah francais iaitu Program Mini Business In Transformation (BITE) 2023 telah berlangsung di Grand Ballroom Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC). Program ini yang diperkenalkan sejak tahun 2013 merupakan _smart-partnership_ LADA bersama pihak Pernas.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd. Fuad bin Che Ani @Abdul, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA dan diiringi oleh YBhg. Dato’ Abu Bakar As-Sidek bin Dato’ Haji Mohd Sidek, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas. Program ini telah disertai oleh 215 peserta yang terdiri dari jabatan/agensi kerajaan, usahawan dan komuniti setempat.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan memahami konsep perniagaan francais di samping latihan dan pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak Pernas.

Pernas juga turut membawa sebanyak 24 _booth_ pameran melibatkan penyertaan syarikat francais serta agensi kerajaan termasuk LADA bagi mempromosikan perniagaan dan maklumat kepada orang ramai yang berminat menjadi usahawan francais. Di antara francaisor yang terlibat seperti Zie Putu Perak, Khasifah, Ngpodul, Silis, Klekor dan lain-lain.

Semoga usahawan Langkawi dapat menerokai pelbagai peluang perniagaan sebagai francais jenama terkemuka dan berusaha untuk transformasikan perniagaan ke arah francais.